JUN 2016

JUN 2016

Doa buat ibu-ibu yang menyusu

" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."

Tuesday, August 9, 2016

Jurnal Detox Day 2

Bismillah.

Sarapan
Jus buah-buahan.

Herblax
Alfalfa

Makan tengahari
Buat pear dan nangka (gila betul... Sengaja nak menambah angin dalam badan)

Peppermint

Makan malam
Semangkuk sayur-sayuran

Herblax
Alfalfa

Ok.
Kalau mengikut ujian kertas.
Hari ni gagal lagi untuk detox secara penuh.
Sebabnya makan cekodok di Semenyih.
Memang tak le nak tahan dugaan ni.

Tapi kalau ikut pencapaian secara personal, ini memang dah kira hebat. Bayangkan, sebelum ni untuk sarapan pagi dan makan malam, CikYut akan makan nasi satu pinggan penuh. Tengahari memang jarang ambil makanan berat. Sekali sekala je.

Tahniah untuk diri sendiri!!!

Good luck untuk Day 3.

Monday, August 8, 2016

Diet oh Diet

Kalau sebut pasal diet, biasanya orang fikir satu je, 'Nak kurus la tu!' kan kan.. Kalau tengok badan CikYut ni, memang dah membulat sangat gamaknya.

Biasanya berat sekitar 55-60kg saja. Sekarang memang dah lebih sangat. Sejak menyusukan Azmie, selera makan memang naik. Tapi masalahnya dah jadi tabiat pula ni. Bila Azmie dah kurang menyusu, tak pula reti nak perlahankan sikit cara makan tu kan... Maka dengan itu, naik mendadak le berat badan ni.

Bila berat naik, maka ia sangat mengganggu pergerakan CikYut. Sebab dah rasa berat aje kan. Nak tidur aje. Nak baring aje. Nak bangun pun payah. Jalan lagi lah.. Sikit je jalan, dah mengah.

Oleh itu, nak tak nak, memang kena paksa diri untuk kurangkan sedikit makan dan jaga pemakanan. Disebabkan CikYut ni ada psoriasis, jadi sebaiknya la perlu mengikut diet yang sesuai untuk pesakit psoriasis. Berat menurun, penyakit masih terkawal.

Jurnal Detox Day 1

Sarapan

Jam 838 am

Sebiji epal.
Anggur
Lobak merah

Setitik stevia

Untuk catatan, penimbang rosak. Bacaan paling berat setakat ini ialah 63kg.


Makan tengahari 

Semangkuk sayur-sayuran. Terasa jadi orang putih dah. Hahaha. Agaknya kalau lepas tujuh hari, kulit boleh jadi putih tak?


Makan malam

Semangkuk sayur-sayuran. Tapi sayang betul. Disebabkan dek tak tahan gigil + pening, CikYut 'berbuka' detox dengan segenggam nasi. Hampeh betul.


Takpe takpe. Jangan putus asa. Kita buat sampai betul-betul clean!


Jom detox bersama CikYut!

Friday, August 5, 2016

Dua dompet

Pada awal saya memulakan Shaklee, saya tak belajar apa pun lagi. Saya terus jalan je. Bercakap mengenai hal kewangan bisnes, memang ZERO. Duit keluar masuk, saya tak pernah nak tengok. Kos-kos yang tersembunyi saya tak pernah ambil tahu.

Lebih kurang satu tahun ke dua tahun dalam bisnes Shaklee, rasanya dalam tahun 2011 gitu, upline ajar saya mengenai DUA DOMPET. Apa benda pula la dua dompet ni? Saya blur sangat.

So dia terangkan kepada saya, yang saya perlu ada dua dompet. Satu dompet personal, satu dompet Shaklee. Kalau korang ada banyak cabang bisnes, jual tudung la, jual emas la, jual bantal hotel la, maka banyakla dompet korang ya. Dengan adanya dya dompet ni, maka apabila ada orang beli Shaklee dengan saya, saya WAJIB masukkan duit tu dalam dompet Shaklee, bukan dalam dompet personal.

Apa yang berlaku sebelum itu, dah semua duit dalam satu dompet kan, bila nak restock barang, buka dompet tengok duit takde!!! Haaaa, memanglah. Dah p singgah Watson tadi beli lipstick (ops, bocor rahsia!). Duit minyak g beli barang, duit ngepos barang, semua tu kena la guna duit dalam dompet Shaklee.

Sekarang, alhamdulillah. Memang ada dua dompet. Kalau bawa berjalan satu dompet pun, sampai rumah nanti saya akan masukkan dalan dompet bisnes. Dah ingat dah. Takde la nak 'merompak' bisnes sendiri lagi.

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...