Tuesday, March 13, 2012

Testimonia : Gembira dengan Shaklee

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease * 

Alhamdulillah.Mulut saya tidak putus-putus menyatakan kesyukuran kepadaNya. Syukur kerana saya masih diberikan nafas. Syukur kerana saya masih diberikan kesempatan untuk berbuat kebaikan dan syukur kerana masih diberi peluang untuk berkongsi kebaikan Shaklee dengan pengguna lain. 

Hari ini, salah seorang pelanggan setia saya, Cik Nia memberikan emel ini :



Ya, separuh aja yang kelihatan. Dari emel itu, ia berbunyi begini :

Salam.
 
Cikyut, sorry sbb lambat email testi ni. Tak tau la nk ngarang sgt. CikNia guna bahasa pasor jer la ekk.
 
Kisahnyer cikNia dh pernah guna Shaklee ni ms tahun 2009. Tp mungkin ms tu niat dh betul nk susukan bb..dan niat nk bykkan susu utk bb pon betul..so ciknia beli PD dan alfalfa yg ciknia 'percaya' melalui pembacaan dlm blog2 dan website yg kedua-duanya dpt meningkatkan pengeluaran susu. Keterdesakan menyebabkan cikNia lupa undang2 sbnr breastfeeding (kerapkan nyusu = byk susu). CikNia tk ingat sama ada berkesan atau tidak Shaklee pd ms tu. Tp yg pasti PD tu mmg sedap dan menghilangkan dahaga! :D big grin 
 
Tahun lps cikNia bersalin, ntah cmner teringat pd cikyut yg pernah jual Shinies pd cikNia..n cikNia google cr cikyut tetiba terpandang tulisan Shaklee di e-shop cikyut. Dan bermula semula keinginan nk bykkan susu (history repeat itself :-/ confused) padahal tkde apa mslh pon. Just like previous delivery, bb lmbt latched on. Tp kali ni cikNia lebih tenang even pam tk sebyk yg biasa2 cikNia baca di FB/Blog org yg skali pam dpt 8-10oz..cikNia dpt 5-6oz..ALHAMDULILLAH..cukup utk bb.
 
Knp cikNia langgan juga shaklee?Started with cikNia nk buat extra stock persediaan naik keja. Terpikat dgn set Trial Pack Set B. Berbeza dgn dulu kali ni ada tambahan Bcom, VitC, Oste dan Vitalea. Bbrp jam lps mkn vitamin2 ni cikNia pam spt biasa..hahh???8oz?? Terkejut sgt..mungkin ms tu vitamin telah mula membantu badan cikNia (yg lesu/penat yg tk pernah ber'jamu' sejak bersalin) lebih relax. So susu lbh lancar dpd biasa. ALhamdulillah smpi hari ni cikNia masih consume set B + PD + ESP. Sejujurnya ni yg CikNia rs la..tak tahu la fungsi sbnr setiap makanan tambahan (kalu RMT kan best..dpt FREE jer hehe)  ni match ke tak ngan apa yg cikNia rs..Bcom mmbntu cikNia lebih sihat..i mean lebih bertenaga..of course la mmg ari2 penat tp mungkin tk sepenat dahulu kala..VitC..sejak mkn ni cikNia tidak lg makan ubat sesema jika dijangkiti selsema..biasanya 2 biji sgt2 membantu cikNia..kalu mkn sblm tdo..esok pagi hingus sudah tiada =D> applause . Oste menjadikan susu cikNia lebih putih kott..(ntah knp nk susu tu kaler putih :-? thinking ). Yg lain2 tu cikNia tk nmpk secara spesifik..mungkin mereka bekerja secara kolektif dlm memberi kesan yg positif. TAPI yg pasti cikNia rs cikNia sgt2 sukakan ESP. CikNia rs kalu tk minum ESP hasil perahan sedikit susut dr biasa..
 
Kesimpulan? cikNia tak juga mempunyai susu sepenuh peti sejuk beku yg diidamkan (bukan sbb vit ni  rsnyer..tp sbb dek penyakit M yg tak terbendung ni..) Tp ALhamdulillah, ciknia msh mampu membekalkan susu kpd bbsitter sehingga ke hari ini. To put in a nutshell..supplement2 ni complement to my breastfeeding journey! yeayyy..cikNia hrp ramai ibu2 lain yg serasi dgn shaklee dan sekaligus dpt membantu menyihatkan dan melancarkan breastfeeding journey just like me.


Subhanallah. Begitu panjang lebar. Saya minta dia beri komen secara ringkas, ni dah macam karangan bahasa melayu diberinya. Hehehe.. Tiada sebarang unsur rasuah di sini ya. Ya, saya memang ada minta komen dari para pelanggan saya, dan mereka menulis dengan hati yang ikhlas kerana mereka juga mahu berkongsi kebaikan yang telah mereka peroleh dengan orang lain.


Sebarang pertanyaan dan konsultansi mengenai penyusuan dan produk boleh diajukan melalui email di ibuaz.shoppe[@]gmail.com atau SMS 019-2712601.
Post a Comment

PROMOSI DOUBLE TROUBLE

PROMOSI DOUBLE TROUBLE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Set Penyusuan yang mana satu pilihan anda?

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.


Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan, si ibu yang nak mula menyimpan stok, si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.